Thursday, March 1, 2012

bingkisan hati.

aku penat.
sebenarnya sangat penat.
cuma hati aku yang masih teguh, yakin kau lah orangnya.

aku penat.
jasad dan minda sama penat.
cuma sayang yang masih kuat.

penat kau melayan karenah aku,
penat kau menahan marah,
tak sama penat dengan hati aku yang senantiasa beralah.

perjalanan kita pedih untuk aku.

pernah kau terfikir ?

aku penat, sungguh.

kau mesti tak pernah tahu,

bagaimana kerasnya hati seorang wanita,
bagaimana berahsia seorang wanita tentang lukanya,

semuanya terungkai hanya dengan airmata.

terkadang aku memang pelakun handal.
hanya dengan senyuman, kau sangka aku bahagia.
kau sangka aku sentiasa gembira.

memang aku masih mampu tersenyum tika terluka.
dan aku masih mampu ketawa tika terseksa.

namun,

semua perkara, batasan itu ada.

aku mungkin pernah jadi wanita paling gagah.

hakikatnya kini, aku penat.

jalan ni memang aku yang turuti, tapi tak berhakkah aku rasa bahagia ?

aku dah lupa sebenarnya erti bahagia.

p/s: aku bukan puitis.


Friday, September 9, 2011

dah nak start sem. :(

esok dah nak balik batu pahat. suka + sedih.

suka sebab nak jumpa sayang-sayang saya.

sedih sebab dah tak boleh tidur lambat lepas ni. kena bangun awal, pergi kelas, assignment. hamagad, *pengsan*

saya masuk rumah sewa ni. seronok pulak rase. tapi dengar cerita banyak masalah dekat rumah sewa ni. tunggu saya observe sendiri. siap abang jaga rumah sewa tu kalau condition rumah tak elok. saya fire abang. kbai.

p/s: brg dah siap packing. bye rumah ! :(

belajar,
zarinsofea